Thursday, December 15, 2011

LANGKAH SUMBANG DR HASAN DAN USTAZ NASHARUDDIN

Dua bekas pemimpin tertinggi PAS,Dato Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa telah berjaya ditemuramah oleh wartawan dari stesen televisyen kroni utama UMNO. Tindakan bersedia untuk memberi kerjasama untuk ditemuramah adalah sesuatu langkah yang amat tidak disenangi oleh ahli-ahli PAS,mungkin penyokong-penyokong yang setia kepada kedua-dua pemimpin ini. Memang bukanlah satu kesalahan besar bagi kedua-dua tokoh besar ini ditemuramah oleh kroni besar UMNO,tapi didalam masa dan keadaan sekarang ini amat tidak sesuai untuk mereka berdua memberi ulasan,lebih-lebih lagi ianya berkisar tentang kedudukan mereka didalam parti.
Telah diketahui,terutama pada pemimpin-pemimpin PAS bahawa berita-berita yang disiarkan di stesen kroni UMNO ini berkaitan politik,terutamanya berkaitan dengan parti atau Pakatan Rakyat adalah amat tidak boleh dipercayai,kerana berita tersebut akan diputar belit sehingga akan ada yang terpengaruh dengan dakyah dan pembohongan yang disampaikan,inikan pula berita yang mempunyai segmen temuramah dengan pemimpin dan tokoh PAS sendiri. Kedua-dua tokoh ini masih lagi yang setia kepada mereka dan parti,sedikit sebanyak pepecahan  yang akan berlaku adalah dari tindak tanduk oleh tokoh-tokoh didalam parti sendiri. Lihat sendirilah bagaimana temuramah tersebut telah dimainkan oleh kroni UMNO ini sehingga berjaya untuk menunjukkan bahawa mereka seolah-olah telah hilang minat terhadap perjuang parti dan seakan-akan lebih cenderung ke musuh walhal tiada maksud kedua-dua tokoh tersebut sebegitu. Temuramah tersebut juga tidak ditayangkan  sepenuhnya,hanya beberapa petikkan penting yang boleh dijadikan modal untuk menimbulkan keragua ahli dan pemimpin parti kepada kedua-dua tokoh tersebut.Dan kroni UMNO itu telah berjaya dengan misi mereka.
Perjuangan Dr Hasan Ali didalam menjaga kemakmuran syiar islam di Selangor sebagai Exco yang menjaga hal ehwal Agama Islam tiba-tiba sahaja disanjung tinggi,bukan sahaja oleh kroni-kroni UMNO,tetapi oleh pemimpin UMNO sendiri,padahal sebelum tercetusnya konflik kepimpinan PAS Selangor,antara yang menjadi tumpuan untuk dihentam,dihina adalah PAS Selangor yang diterajui oleh Dr Hasan ketika itu dan Dr Hasan sendiri. Kini,segala tomahan dan hinaan yang dilemparkan oleh mereka bertukar menjadi pujian yang amat melambung. Tidak sedarkah lagi?
Tidak sedarkah oleh mereka berdua kesan-kesan yang akan dirasai oleh parti yang mereka sanjung bagi perjuang untuk memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam dibumi Malaysia ini. Jika parti lemah,bagaimana untuk menghadapi pilihanraya yang terdekat ini untuk merampas tampuk kepimpinan negara dan seterusnya menegakkan semula syiar Islam,itu yang kita semua mahukan. Padahal mereka berdua bukanlah calang-calang tokoh didalam parti. Insan-insan yang mempunyai jasa yang cukup besar,jasa-jasa yang dicurahkan adalah ikhlas dari hati dan keimanan mereka. Bukan mudah untuk parti melenyapkan kedua-dua tokoh ini dari parti,dan jikalau pon parti cuba untuk menyingkirkan kedua-dua tokoh ni,ahli-ahli dan penyokong parti tidak akan bersetuju dengan langkah ini sama sekali.
Inilah perancangan yang amat halus dari musuh bagi melemahkan kekuatan parti yang makin hari makin betambah kuat. Mungkin pemimpin parti sedikit terleka dengan permainan ini sehingga musuh berjaya didalam misi mereka untuk melemahkan parti. Diharap janganlah ada lagi tindakan-tindakan sumbang dari pemimpin dan tokoh parti yang akhirnya bukan sahaja melemahkan,tetapi memusnahkan kekuatan yang dimiliki sekarang. Pilihanraya makin dekat,maka permainan dari musuh juga makin halus dengan kepakaran,kekuatan,pengaruh yang amat besar terhadap kroni dan kewangan yang mereka miliki. Tapi,keyakinan terhadap kesetiaan kedua-dua tokoh ini tidak boleh dipersoalkan,seperti mana kenyataan Dr Hasan Ali,"tidak mudah untuk meninggalkan PAS" selagi perjuangan islam terus menjadi keutamaan,kerana itulah PAS,islam adalah segala-galanya yang diperjuangkan.
Kejayaan UMNO ini amat besar kepada mereka. Bukan sahaja mereka berjaya menimbulkan keraguan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS terhadap kedua-dua tokoh besar PAS ini,tetapi mungkin telah berjaya membuat hubungan antara kedua-dua tokoh ini dengan kepimpinan parti agak tegang. SYABAS UMNO!!!!!!

No comments:

Post a Comment