Bagi mengadakan majlis perkahwinan pada zaman sekarang ini,nilai 1oribu itu adalah satu jumlah yang boleh dianggap kecil,jika angka ini yang dipunyai oleh si pengantin dan keluarganya,maka majlis secara ala kadar sahaja lah yang mampu diadakan. Sebuah majlis yang tidak dianggap hebat bagi meraikan si raja sehari,sebuah majlis tiada apa yang hendak dibanggakan oleh tuan rumah dan tiada apa yang boleh diingati dek jemputan yang hadir,itu pada kos 10ribu. Kecil sangatkah nilai 10ribu itu?jika seseorang mempunyai pendapatan sebanyak 10ribu sebulan,orang itu dianggap sebagai orang kaya,orang yang akan dihormati oleh masyarakat disekelilingnya kerana mempunyai pendapatan yang tinggi,tetapi didalam soal majlis perkahwinan,jumlah wang sebanyak 10ribu yang akan dihabiskan dalam masa satu atau dua hari menjadi jumlah yang kecil. Mengapakah fenomena ini terjadi?
sebenarnya,majlis perkahwinan dalam masyarakat melayu kini telah mengalami revolusi mengikut peredaran masa tanpa disedari. majlis ini masih seperti majlis perkahwinan sebelum ini,tetapi didalam menjalankan majlis ini yang mengalami revolusi.Revolusi ini bermula apabila wujudnya satu peluang perniagaan yang amat besar nilai keuntungannya. Peluang perniagaan seperti khidmat catering,penyewaan khemah,khidmat andaman dan busana perkahwinan yang cantik dan unik,khidmat jurufoto sehinggalah cenderahati bagi jemputan yang hadir adalah ruang perniagaan yang amat menguntungkan. Pendek kata,segala yang ada dan apa yang dijalankan dari majlis pernikahan sehinggalah ke majlis persandingan adalah melibatkan wang.
Tetapi,wajarkah untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan jumlah wang yang besar sekarang ini?. Dengan kos hidup yang semakin tinggi pada masa kini,untuk mengadakan majlis perkahwinan adalah sesuatu bebanan kepada anak muda melayu,sehingga ada yang terpaksa membuat pinjaman semata-mata untuk mengadakan majlis perkahwinan. Perkara ini amat dibimbangkan kerana ia akan membebankan mereka dalam mengharungi alam rumah tangga.
Sesuatu harus dilakukan bagi mengubah cara kita,masyarakat melayu dalam majlis bagi meraikan pengantin baru. Ia harus diubah kerana semakin lama,kosnya semakin meningkat. Berapakah kos paling minimum untuk mengadakan majlis perkahwinan 10tahun akan datang?. Kosnya pasti akan meningkat berkali ganda berbanding jumlahnya kini. Pada masa ini sahaja,berapa ramaikah anak muda melayu yang terpaksa menggung bebanan hutang hanya kerana meminjam wang berpuluh-puluh ribu ringgit semata-mata hanya untuk mengadakan majlis perkahwinannya?berapa ramai pula yang terpaksa menagguh atau melupakan terus hasrat mereka untuk mendirikan rumah tangga hanya kerana tidak mampu menyediakan wang untuk mengadakan majlis perkahwinan?. Majlis perkahwinan atau persandingan hanya dijalankan satu atau dua hari sahaja,tetapi kerana tidak mampu hasrat untuk berumah tangga terpaksa dilupakan hanya kerana MAJLIS SEHARI ITU,wajarkah?. Cuba bayangkan 10tahun lagi,berapa ramaikah yang tidak akan merasai nikmat perkahwinan hanya kerana kesempitan kewangan untuk MAJLIS PERKAHWINAN yang bukan tuntutan agama.
BERSAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN UNTUK MENCARI JALAN PENYELESAIANNYA,KERANA IANYA AKAN MENJADI BEBAN KEPADA KITA SEMUA JUGA. JIKA BUKAN MAJLIS UNTUK MERAIKAN PERKAHWINAN KITA,KITA AKAN MERASAINYA JUGA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANAK-ANAK,CUCU ATAU SAUDARA MARA KITA.
No comments:
Post a Comment