Thursday, December 15, 2011

LANGKAH SUMBANG DR HASAN DAN USTAZ NASHARUDDIN

Dua bekas pemimpin tertinggi PAS,Dato Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa telah berjaya ditemuramah oleh wartawan dari stesen televisyen kroni utama UMNO. Tindakan bersedia untuk memberi kerjasama untuk ditemuramah adalah sesuatu langkah yang amat tidak disenangi oleh ahli-ahli PAS,mungkin penyokong-penyokong yang setia kepada kedua-dua pemimpin ini. Memang bukanlah satu kesalahan besar bagi kedua-dua tokoh besar ini ditemuramah oleh kroni besar UMNO,tapi didalam masa dan keadaan sekarang ini amat tidak sesuai untuk mereka berdua memberi ulasan,lebih-lebih lagi ianya berkisar tentang kedudukan mereka didalam parti.
Telah diketahui,terutama pada pemimpin-pemimpin PAS bahawa berita-berita yang disiarkan di stesen kroni UMNO ini berkaitan politik,terutamanya berkaitan dengan parti atau Pakatan Rakyat adalah amat tidak boleh dipercayai,kerana berita tersebut akan diputar belit sehingga akan ada yang terpengaruh dengan dakyah dan pembohongan yang disampaikan,inikan pula berita yang mempunyai segmen temuramah dengan pemimpin dan tokoh PAS sendiri. Kedua-dua tokoh ini masih lagi yang setia kepada mereka dan parti,sedikit sebanyak pepecahan  yang akan berlaku adalah dari tindak tanduk oleh tokoh-tokoh didalam parti sendiri. Lihat sendirilah bagaimana temuramah tersebut telah dimainkan oleh kroni UMNO ini sehingga berjaya untuk menunjukkan bahawa mereka seolah-olah telah hilang minat terhadap perjuang parti dan seakan-akan lebih cenderung ke musuh walhal tiada maksud kedua-dua tokoh tersebut sebegitu. Temuramah tersebut juga tidak ditayangkan  sepenuhnya,hanya beberapa petikkan penting yang boleh dijadikan modal untuk menimbulkan keragua ahli dan pemimpin parti kepada kedua-dua tokoh tersebut.Dan kroni UMNO itu telah berjaya dengan misi mereka.
Perjuangan Dr Hasan Ali didalam menjaga kemakmuran syiar islam di Selangor sebagai Exco yang menjaga hal ehwal Agama Islam tiba-tiba sahaja disanjung tinggi,bukan sahaja oleh kroni-kroni UMNO,tetapi oleh pemimpin UMNO sendiri,padahal sebelum tercetusnya konflik kepimpinan PAS Selangor,antara yang menjadi tumpuan untuk dihentam,dihina adalah PAS Selangor yang diterajui oleh Dr Hasan ketika itu dan Dr Hasan sendiri. Kini,segala tomahan dan hinaan yang dilemparkan oleh mereka bertukar menjadi pujian yang amat melambung. Tidak sedarkah lagi?
Tidak sedarkah oleh mereka berdua kesan-kesan yang akan dirasai oleh parti yang mereka sanjung bagi perjuang untuk memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam dibumi Malaysia ini. Jika parti lemah,bagaimana untuk menghadapi pilihanraya yang terdekat ini untuk merampas tampuk kepimpinan negara dan seterusnya menegakkan semula syiar Islam,itu yang kita semua mahukan. Padahal mereka berdua bukanlah calang-calang tokoh didalam parti. Insan-insan yang mempunyai jasa yang cukup besar,jasa-jasa yang dicurahkan adalah ikhlas dari hati dan keimanan mereka. Bukan mudah untuk parti melenyapkan kedua-dua tokoh ini dari parti,dan jikalau pon parti cuba untuk menyingkirkan kedua-dua tokoh ni,ahli-ahli dan penyokong parti tidak akan bersetuju dengan langkah ini sama sekali.
Inilah perancangan yang amat halus dari musuh bagi melemahkan kekuatan parti yang makin hari makin betambah kuat. Mungkin pemimpin parti sedikit terleka dengan permainan ini sehingga musuh berjaya didalam misi mereka untuk melemahkan parti. Diharap janganlah ada lagi tindakan-tindakan sumbang dari pemimpin dan tokoh parti yang akhirnya bukan sahaja melemahkan,tetapi memusnahkan kekuatan yang dimiliki sekarang. Pilihanraya makin dekat,maka permainan dari musuh juga makin halus dengan kepakaran,kekuatan,pengaruh yang amat besar terhadap kroni dan kewangan yang mereka miliki. Tapi,keyakinan terhadap kesetiaan kedua-dua tokoh ini tidak boleh dipersoalkan,seperti mana kenyataan Dr Hasan Ali,"tidak mudah untuk meninggalkan PAS" selagi perjuangan islam terus menjadi keutamaan,kerana itulah PAS,islam adalah segala-galanya yang diperjuangkan.
Kejayaan UMNO ini amat besar kepada mereka. Bukan sahaja mereka berjaya menimbulkan keraguan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS terhadap kedua-dua tokoh besar PAS ini,tetapi mungkin telah berjaya membuat hubungan antara kedua-dua tokoh ini dengan kepimpinan parti agak tegang. SYABAS UMNO!!!!!!

Wednesday, December 14, 2011

Berdasarkan filem-filem melayu yang dikeluarkan dalam masa 10 tahun kebelakangan kini,filem melayu memasuki era permodenan yang lebih kepada sifat-sifat dan moralnya. Jika dilihat,pelakon melakonkan watak-watak wanita berkemban,beraksi seksi dan ghairah,lelaki dan wanita berpelukkan,berpakaian yang sendat dan seumpama tidak cukup kain adalah perkara biasa.

















Oleh itu,jika dilihat dari situasi ini,bagaimanakah filem kita 20 tahun yang akan datang. Jika pada masa itu wanita hanya berpakaian coli dan seluar dalam atau berpakaian renang dan yang lelakinya hanya berseluar dalam didalam sesebuah bilik yang mengambarkan mereka telah melakukan hubungan seks,adakah itu akan dipandang berat oleh masyarakat.
Masyarakat kita mempunyai satu perangai,iaitu akan menyatakan kemarahan dan tentang dalam sesuatu isu tetapi akan terus mendiamkan diri dan mengagngap itu perkara yang biasa jika perkara yang sama akan berulang-ulang. Jika sebelum ini jika didalam sesebuah filem atau drama ada keadaan yang menunjukkan wanita berkemban atau berpakaian seksi,ia akan menjadi isu hangat,tetapi lama kelamaan isu itu akan menjadi suam dan seterusnya didaiamkan dan filem atau drama itu akhirnya diterima.
















Filem-filem melayu pada tahun-tahun 80an,terlalu ramai pelakon wanita kita yang berani melakonkan watak-watak seksi,dan selepas mendapat tentangan,filem-filem melayu tidak berani untuk membenarkan pelakon wanita beraksi dan berpakaian seksi serta tiada lagi perlakuan hubungan diranjang kecuali hanya pada dalam beberapa judul yang angkanya terlalu kecil. Sayangnya diakhir-akhir ini,makin ramai produser dan pengarah yang semakin berani.
Tidak mustahil,dalam masa 20 tahun kehadapan,filem kita akan menjadi seperti filem-filem hollywood yang mana dalam hampir setiap filem keluaran disana tidak akan sah jika tiada perlakuan seks,wanita dan lelaki hampir bogel dan seksi

Sunday, December 11, 2011

dari mata-majlis persandingan vs kewangan,bebanan,pembaziran

Wajarkah majlis perkahwinan bagi masyarakat melayu sekarang ini?dari segi kos sahaja ianya adalah sesuatu bentuk pembaziran yang terlalu tinggi bagi orang melayu sepatutnya hidup dengan cara berjimat cermat dan berhemah. berapakah kos bagi seseorang pada masa kini bagi mendirikan rumah tangga pada kebiasaannya?2 ribu,3ribu,4ribu atau 6ribu?. Jika kos bagi melangsungkan majlis perkahwinan adalah seperti disebutkan,ianya adalah sesuatu yang wajar dan amat tidak membebankan,tetapi ianya adalah kos bagi majlis-majlis perkahwinan pada tahun-tahun awal 90-an dulu.
Bagi mengadakan majlis perkahwinan pada zaman sekarang ini,nilai 1oribu itu adalah satu jumlah yang boleh dianggap kecil,jika angka ini yang dipunyai oleh si pengantin dan keluarganya,maka majlis secara ala kadar sahaja lah yang mampu diadakan. Sebuah majlis yang tidak dianggap hebat bagi meraikan si raja sehari,sebuah majlis tiada apa yang hendak dibanggakan oleh tuan rumah dan tiada apa yang boleh diingati dek jemputan yang hadir,itu pada kos 10ribu. Kecil sangatkah nilai 10ribu itu?jika seseorang mempunyai pendapatan sebanyak 10ribu sebulan,orang itu dianggap sebagai orang kaya,orang yang akan dihormati oleh masyarakat disekelilingnya kerana mempunyai pendapatan yang tinggi,tetapi didalam soal majlis perkahwinan,jumlah wang sebanyak 10ribu yang akan dihabiskan dalam masa satu atau dua hari menjadi jumlah yang kecil. Mengapakah fenomena ini terjadi?
sebenarnya,majlis perkahwinan dalam masyarakat melayu kini telah mengalami revolusi mengikut peredaran masa tanpa disedari. majlis ini masih seperti majlis perkahwinan sebelum ini,tetapi didalam menjalankan majlis ini yang mengalami revolusi.Revolusi ini bermula apabila wujudnya satu peluang perniagaan yang amat besar nilai keuntungannya. Peluang perniagaan seperti khidmat catering,penyewaan khemah,khidmat andaman dan busana perkahwinan yang cantik dan unik,khidmat jurufoto sehinggalah cenderahati bagi jemputan yang hadir adalah ruang perniagaan yang amat menguntungkan. Pendek kata,segala yang ada dan apa yang dijalankan dari majlis pernikahan sehinggalah ke majlis persandingan adalah melibatkan wang.
Tetapi,wajarkah untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan jumlah wang yang besar sekarang ini?. Dengan kos hidup yang semakin tinggi pada masa kini,untuk mengadakan majlis perkahwinan adalah sesuatu bebanan kepada anak muda melayu,sehingga ada yang terpaksa membuat pinjaman semata-mata untuk mengadakan majlis perkahwinan. Perkara ini amat dibimbangkan kerana ia akan membebankan mereka dalam mengharungi alam rumah tangga.
Sesuatu harus dilakukan bagi mengubah cara kita,masyarakat melayu dalam majlis bagi meraikan pengantin baru. Ia harus diubah kerana semakin lama,kosnya semakin meningkat. Berapakah kos paling minimum untuk mengadakan majlis perkahwinan 10tahun akan datang?. Kosnya pasti akan meningkat berkali ganda berbanding jumlahnya kini. Pada masa ini sahaja,berapa ramaikah anak muda melayu yang terpaksa menggung bebanan hutang hanya kerana meminjam wang berpuluh-puluh ribu ringgit semata-mata hanya untuk mengadakan majlis perkahwinannya?berapa ramai pula yang terpaksa menagguh atau melupakan terus hasrat mereka untuk mendirikan rumah tangga hanya kerana tidak mampu menyediakan wang untuk mengadakan majlis perkahwinan?. Majlis perkahwinan atau persandingan hanya dijalankan satu atau dua hari sahaja,tetapi kerana tidak mampu hasrat untuk berumah tangga terpaksa dilupakan hanya kerana MAJLIS SEHARI ITU,wajarkah?. Cuba bayangkan 10tahun lagi,berapa ramaikah yang tidak akan merasai nikmat perkahwinan hanya kerana kesempitan kewangan untuk MAJLIS PERKAHWINAN yang bukan tuntutan agama.




BERSAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN UNTUK MENCARI JALAN PENYELESAIANNYA,KERANA IANYA AKAN MENJADI BEBAN KEPADA KITA SEMUA JUGA. JIKA BUKAN MAJLIS UNTUK MERAIKAN PERKAHWINAN KITA,KITA AKAN MERASAINYA JUGA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANAK-ANAK,CUCU ATAU SAUDARA MARA KITA.